Friday 9 December 2011

aurats :)

Assalamualaikum dan salam sejahtere kepada rakan rakan yg saya hormati, yeayy sekarang post yg ketiga and sekarang aku nakkk galakan kpd wanita, sbb perempuan skrg suka amik remeh bnde macam ni, gua pun jadi mangsa jugak sbb tgk aurat korg and hati gua jadi rosak haih . k jum . korg baca lah ni aurat yg korg perlu jaga k :] 



k saya akan senaraikan aurat yg korg kene jaga :]
  1. BULU KENING- zaman sekarang dah ramai org cukur bulu kening. korg elakkan lah, nanti dilaknat oleh Allah tau
  2. WANGIAN- perempuan skrg ni pakai minyak wangi mak aii gilaa la wangi gilaaa. Korg jgn la pakai minyak wangi gila gilaa, pakai sekadar hilang bau busuk je k 
  3. BERTUDUNG- ha ini lagi satu, korg ni dah lama lama tak pakai tudung pulak dah, please weh pakai la tudung . korg pakai tudung, org akan hormat korg tau.
  4. DADA- and korg perlu pakai tudung menutup perhiasan korg tu. 
  5. SUARA- sekarang perempuan suka nyanyi. mendayu dayu suara. berdosa tu. sbb korg dapat menaikan nafsu golongan lelaki tau
  6. PAKAIAN- pakaian korg jgn ketat sgt derr. ini siap tak cukup kain pun ada. adu pakai la tutup sikit. tak payah la nak tayang semua yg ada kat korg tu. kalau korg tutup , perogol pun hormat korg tau . haih.
Nak cerita pulak org yg pakai tudung zaman skrg ni. macam macam fesyen ada. diorg tak sedar yg pakai tudung macam tu dilaknat oleh Allah S.W.T. Nak pakai tudung pun ada caranya.
ini la cara pakai tudung yg salah, tidak menutup bahagian perhiasannya,



 ada bongolan unta di belakang.

bongolan pelik.

ada hadith yg mengatakan seperti ini.
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Kawan kawan aku sekalian, cepat la bertaubat. ada masa lagi . Allah dan tunjuk kat kita macam macam tanda tanda kiamat, tapi kenapa kita masih ragu ragu? marilah kita tegakkan agama kita. Sampai bila agama Islam nak jadi lemah dan di hina dgn pelbagai agama lain. Tolonglah kawan kawan. k yg baik kita amik yg tak baik kita buang. Assalamualaikum :]

Friday 22 July 2011

Ramadhan Bulan Paling Best!

Assalamualaikum. Maaflah lama tak update. banyak kerja pulak sekarang. nak spm katakan hihi. Harini saya nak kongsi sedikit berkenaan bulan Ramadhan. Ramai org tau bulan Ramadhan tapi mereka tak menghayati kerana tak tau ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Jum kita baca, Bincang tentang hebatnya bulan Ramadhan ini :)


Ape persediaan titew?

sebelum saya cerita pasal ramadhan, saya nak kongsi sikit persediaan kita menghadapi bulan ramadhan. Ape yg kita kene bersedia? apa apa? nak tau? baca la hehe :D
  1. Persediaan akal - memperbanyakkan mencari ilmu Allah swt. terutama pasal Ramadhan. nanti taklah kita sia siakan Ramadhan kita kan kan 
  2. persediaan rohani - ramai kawan kawan cakap nak taubat tapi belum sampai masa. Inilah masanya. hehe. servis hati kita ni. tukar minyak hitam. try okey. Nanti korg akan dapat right way kalau cuba benda baik 
Mari lawan nafsu :D

Okey nak berpuasa pun ada jugak adab adabnya. Jangan bedal je. hehe. Kalau bedal je, sia sia je Berpuasa. bagaikan tin yang kosong . nak tau adabnya? nak tak? ha bacalah lagi :]
*maaf eh panjang sikit. 
  1. Jaga lidah kita. Jangan cakap dusta dgn fitnah. jgn burukan org lain tau cerita tak baik pasal org lain walaupun bende tu betul
  2. jaga mata kita. jangan lihat benda yg dapat kurangkan pahala. kalau tak, sia sia la puasa. korg dapat dahaga dgn lapar je. pahala tak dapaat. ruginyeww
  3. Jangan banyak tidur waktu siang. dan jgn melahap pada waktu malam. sederhanakan la. bagi kita dapat menyelami puasa kita dgn baik 
  4. Jangan ikut nafsu. Dgn beli macam macam makanan kat bazaar. Berbuka sampai kenyang yang terlampau
  5. JANGAN TINGGAL SOLAT. orang yang berpuasa tapi tinggal solat tak diterima puasa dia. sbb tinggal solat adalah org kafir dan murtad.
  6. Jangan pentingkan duniawi. Duniawi ni sementara je. Banyakkan amalan dan beribat kpd Allah swt. Gerenti dapat keredaannya 
  7. Menyediaakan makanan utk org berpuasa. Kalau berkemampuan. sedekahlah makanan kat masjid. Allah sayangkan org macam ni 
  8. Banyak bangun malam and solat tahajud , sunat dan lain lain

Kelebihan Ramadhan pulak ada banyak. nak tau ke? betul nie? teruskanlah membaca :D
  1. . Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  2.  Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  3.  Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  4.  Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  5.  Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan
  6.  Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  7.  Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  8.  Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  9.  Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  10.  Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

K sampai sini jelah saya nak cerita. Thank sebab baca. Semoga kita Diredaiolehnya. Biarlah semua org membenci kita. Tapi jangan biarkan Allah benci kita. Carilah keredaan Allah swt, bukan Keredaan manusia. Maaf kalau ada silap. ini pendapat saya. Yang baik kita amik, yang buruk kita buang. Assalamualaikum :)