Friday 22 July 2011

Ramadhan Bulan Paling Best!

Assalamualaikum. Maaflah lama tak update. banyak kerja pulak sekarang. nak spm katakan hihi. Harini saya nak kongsi sedikit berkenaan bulan Ramadhan. Ramai org tau bulan Ramadhan tapi mereka tak menghayati kerana tak tau ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Jum kita baca, Bincang tentang hebatnya bulan Ramadhan ini :)


Ape persediaan titew?

sebelum saya cerita pasal ramadhan, saya nak kongsi sikit persediaan kita menghadapi bulan ramadhan. Ape yg kita kene bersedia? apa apa? nak tau? baca la hehe :D
  1. Persediaan akal - memperbanyakkan mencari ilmu Allah swt. terutama pasal Ramadhan. nanti taklah kita sia siakan Ramadhan kita kan kan 
  2. persediaan rohani - ramai kawan kawan cakap nak taubat tapi belum sampai masa. Inilah masanya. hehe. servis hati kita ni. tukar minyak hitam. try okey. Nanti korg akan dapat right way kalau cuba benda baik 
Mari lawan nafsu :D

Okey nak berpuasa pun ada jugak adab adabnya. Jangan bedal je. hehe. Kalau bedal je, sia sia je Berpuasa. bagaikan tin yang kosong . nak tau adabnya? nak tak? ha bacalah lagi :]
*maaf eh panjang sikit. 
  1. Jaga lidah kita. Jangan cakap dusta dgn fitnah. jgn burukan org lain tau cerita tak baik pasal org lain walaupun bende tu betul
  2. jaga mata kita. jangan lihat benda yg dapat kurangkan pahala. kalau tak, sia sia la puasa. korg dapat dahaga dgn lapar je. pahala tak dapaat. ruginyeww
  3. Jangan banyak tidur waktu siang. dan jgn melahap pada waktu malam. sederhanakan la. bagi kita dapat menyelami puasa kita dgn baik 
  4. Jangan ikut nafsu. Dgn beli macam macam makanan kat bazaar. Berbuka sampai kenyang yang terlampau
  5. JANGAN TINGGAL SOLAT. orang yang berpuasa tapi tinggal solat tak diterima puasa dia. sbb tinggal solat adalah org kafir dan murtad.
  6. Jangan pentingkan duniawi. Duniawi ni sementara je. Banyakkan amalan dan beribat kpd Allah swt. Gerenti dapat keredaannya 
  7. Menyediaakan makanan utk org berpuasa. Kalau berkemampuan. sedekahlah makanan kat masjid. Allah sayangkan org macam ni 
  8. Banyak bangun malam and solat tahajud , sunat dan lain lain

Kelebihan Ramadhan pulak ada banyak. nak tau ke? betul nie? teruskanlah membaca :D
  1. . Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  2.  Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  3.  Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  4.  Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  5.  Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan
  6.  Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  7.  Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  8.  Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  9.  Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  10.  Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

K sampai sini jelah saya nak cerita. Thank sebab baca. Semoga kita Diredaiolehnya. Biarlah semua org membenci kita. Tapi jangan biarkan Allah benci kita. Carilah keredaan Allah swt, bukan Keredaan manusia. Maaf kalau ada silap. ini pendapat saya. Yang baik kita amik, yang buruk kita buang. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment