Friday 9 December 2011

aurats :)

Assalamualaikum dan salam sejahtere kepada rakan rakan yg saya hormati, yeayy sekarang post yg ketiga and sekarang aku nakkk galakan kpd wanita, sbb perempuan skrg suka amik remeh bnde macam ni, gua pun jadi mangsa jugak sbb tgk aurat korg and hati gua jadi rosak haih . k jum . korg baca lah ni aurat yg korg perlu jaga k :] 



k saya akan senaraikan aurat yg korg kene jaga :]
  1. BULU KENING- zaman sekarang dah ramai org cukur bulu kening. korg elakkan lah, nanti dilaknat oleh Allah tau
  2. WANGIAN- perempuan skrg ni pakai minyak wangi mak aii gilaa la wangi gilaaa. Korg jgn la pakai minyak wangi gila gilaa, pakai sekadar hilang bau busuk je k 
  3. BERTUDUNG- ha ini lagi satu, korg ni dah lama lama tak pakai tudung pulak dah, please weh pakai la tudung . korg pakai tudung, org akan hormat korg tau.
  4. DADA- and korg perlu pakai tudung menutup perhiasan korg tu. 
  5. SUARA- sekarang perempuan suka nyanyi. mendayu dayu suara. berdosa tu. sbb korg dapat menaikan nafsu golongan lelaki tau
  6. PAKAIAN- pakaian korg jgn ketat sgt derr. ini siap tak cukup kain pun ada. adu pakai la tutup sikit. tak payah la nak tayang semua yg ada kat korg tu. kalau korg tutup , perogol pun hormat korg tau . haih.
Nak cerita pulak org yg pakai tudung zaman skrg ni. macam macam fesyen ada. diorg tak sedar yg pakai tudung macam tu dilaknat oleh Allah S.W.T. Nak pakai tudung pun ada caranya.
ini la cara pakai tudung yg salah, tidak menutup bahagian perhiasannya,



 ada bongolan unta di belakang.

bongolan pelik.

ada hadith yg mengatakan seperti ini.
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Kawan kawan aku sekalian, cepat la bertaubat. ada masa lagi . Allah dan tunjuk kat kita macam macam tanda tanda kiamat, tapi kenapa kita masih ragu ragu? marilah kita tegakkan agama kita. Sampai bila agama Islam nak jadi lemah dan di hina dgn pelbagai agama lain. Tolonglah kawan kawan. k yg baik kita amik yg tak baik kita buang. Assalamualaikum :]

Friday 22 July 2011

Ramadhan Bulan Paling Best!

Assalamualaikum. Maaflah lama tak update. banyak kerja pulak sekarang. nak spm katakan hihi. Harini saya nak kongsi sedikit berkenaan bulan Ramadhan. Ramai org tau bulan Ramadhan tapi mereka tak menghayati kerana tak tau ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Jum kita baca, Bincang tentang hebatnya bulan Ramadhan ini :)


Ape persediaan titew?

sebelum saya cerita pasal ramadhan, saya nak kongsi sikit persediaan kita menghadapi bulan ramadhan. Ape yg kita kene bersedia? apa apa? nak tau? baca la hehe :D
  1. Persediaan akal - memperbanyakkan mencari ilmu Allah swt. terutama pasal Ramadhan. nanti taklah kita sia siakan Ramadhan kita kan kan 
  2. persediaan rohani - ramai kawan kawan cakap nak taubat tapi belum sampai masa. Inilah masanya. hehe. servis hati kita ni. tukar minyak hitam. try okey. Nanti korg akan dapat right way kalau cuba benda baik 
Mari lawan nafsu :D

Okey nak berpuasa pun ada jugak adab adabnya. Jangan bedal je. hehe. Kalau bedal je, sia sia je Berpuasa. bagaikan tin yang kosong . nak tau adabnya? nak tak? ha bacalah lagi :]
*maaf eh panjang sikit. 
  1. Jaga lidah kita. Jangan cakap dusta dgn fitnah. jgn burukan org lain tau cerita tak baik pasal org lain walaupun bende tu betul
  2. jaga mata kita. jangan lihat benda yg dapat kurangkan pahala. kalau tak, sia sia la puasa. korg dapat dahaga dgn lapar je. pahala tak dapaat. ruginyeww
  3. Jangan banyak tidur waktu siang. dan jgn melahap pada waktu malam. sederhanakan la. bagi kita dapat menyelami puasa kita dgn baik 
  4. Jangan ikut nafsu. Dgn beli macam macam makanan kat bazaar. Berbuka sampai kenyang yang terlampau
  5. JANGAN TINGGAL SOLAT. orang yang berpuasa tapi tinggal solat tak diterima puasa dia. sbb tinggal solat adalah org kafir dan murtad.
  6. Jangan pentingkan duniawi. Duniawi ni sementara je. Banyakkan amalan dan beribat kpd Allah swt. Gerenti dapat keredaannya 
  7. Menyediaakan makanan utk org berpuasa. Kalau berkemampuan. sedekahlah makanan kat masjid. Allah sayangkan org macam ni 
  8. Banyak bangun malam and solat tahajud , sunat dan lain lain

Kelebihan Ramadhan pulak ada banyak. nak tau ke? betul nie? teruskanlah membaca :D
  1. . Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  2.  Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  3.  Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  4.  Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  5.  Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan
  6.  Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  7.  Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  8.  Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  9.  Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  10.  Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

K sampai sini jelah saya nak cerita. Thank sebab baca. Semoga kita Diredaiolehnya. Biarlah semua org membenci kita. Tapi jangan biarkan Allah benci kita. Carilah keredaan Allah swt, bukan Keredaan manusia. Maaf kalau ada silap. ini pendapat saya. Yang baik kita amik, yang buruk kita buang. Assalamualaikum :)

Tuesday 5 July 2011

CINTA SEBENAR DAN SEJATI :D

Assalamualaikum kepada pembaca. harini sye akan lebih sopan sikit k. Thanks kepada korg semua sebab bagi sokongan and comment. Banyak sangat saya belajar hihi :D . Dah jum kita try berenang sikit pasal ini cinta. Yeay. Semua org mesti bercinta punya kan. Jangan tipu laaa igt sye tak tau la tu. hehe. actly Cinta ada banyak so jum kita try baca supaya kita tau di mana kategori kita :D



siapakah cinta titew?



Alhamdulillah kita masih membaca dan bersama. sebelum kita mulakan, kita selawat ke atas Nabi Muhammad SAW supaya kita dapat baca sampai tamat. K kita start Cinta remaja atau Manusia zaman sekarang. Sangat banyak melanggar syarak. Main bedal je ape nak buat hehe. 



CINTA ZAMAN SEKARANG
k mari sye nak senaraikan beberapa cinta zaman skrg, :-
  1. lebih gemar bercinta dgn nafsu. 
  2. cinta diaorg ni terjerumus ke Lembah maksiat. Mana taknya, dating kat tempat baik punya then lama lama pergi club and macam macam,
  3. Cinta hanya mementingkan Kasih sayang berdua jea. Tidak Cinta kepada Ibubapa dan Yang Maha Berkuasa Allah SWT.
  4. Menyambut Sambutan pelik bersama pasangan macam sambut hari velentine day
  5. Cinta untuk berfoya foya dgn pasangan
  6. Cinta sebab kekayaan yang dimiliki pasanga
  7. Cinta atas utk membalas dendam yang terpendam di hati* pergh ayat Karangan Bm A+ punya



kawan kawan, ini semua tak baik, jangan buat bende macam ni. Percaya korg memang akan rugi nanti tau. Ha ini panjang sikit kot. sebab nak cerita Cinta yang patut kita miliki and nanti family kita sayang kita, masyarakat sayang, and yang paling penting Allah SWT akan sayang kita dan Nabi Muhammad SAW akan igt kita jugak :D jum kita startt :)


Actly Cinta sejati ialah mencintai Allah SWT. Kita kene cinta kat Allah SWT paling utama dalam hidup kita. K takpe nanti aku tunjuk carta yang mana kita kene Cinta paling atas. Cehceh sampai carta bagai haha. Tapi tak salah nak cinta manusia, biasalah lumrah dunia kan. Tapi ada la jugak batasnya. Ini sampai nak pegang sana pegang sini, lama lama hmmp. Kita kene igt, dalam diri kita ni ada jin yang d'beri nama Qarin. Dia ni kuat hasut org buat bnde bnde tak baik jelaaa. 


Dalam hati kita perlu mencintai:-

Allah swt, Nabi Muhammad dan Agama Islam
|
Ibubapa, Keluarga,
|
Rakan Rakan 

1. Allah swt, Nabi Muhammad dan Agama Islam
  • Allah swt, merupakan Pencipta kita. Carilah cinta Allah. Nescaya dapatlah kita memiliki Kemanisan Iman. Ape jua yang diperintahkan Oleh Allah swt, pasti sseorang itu dapat rasa ketenagan yang diberikan Oleh Allah
  • Nabi Muhammad mempunyai kemuliaan hati yang sgt sgt mulia lah. Manusia tak kenal Nabi Muhammad SAW secara mendalam. kalau korg kenal dia mesti korg akan sayang dia and korg nak sgt jumpa dgn Rasulullah di alam Mimpi. 
  • Carilah ilmu tentang Islam. Islam sgt mudah difahami dan sgt sesuai digunakan dalam harian hidup kita. Kalau kita slalu amalkan ape yang dicatatkan didalam Al-quran dan Hadis, hidup kita pasti tenang dan tak ada banyak Masalah :)
2 Ibu bapa, Keluarga
  • Ibu bapa telalu banyak berkorban utk anak anaknya. Kadang kadang kita je lupa ape yang dieorg telah korbankan. Kita lupa dan sentiasa lupaa. Yang kita nak duit duit duit dan duit. 
  • Jadilah anak yang baik, kalau kita tak dapat bagi prestasi yang baik pun dalam akedemik, jadi anak yang baik dah cukup menyenangkan ibubapa kita :)
  • Adik beradik kita perlu la dihormati. Zaman sekarang ni, panggil abg pun aku kau. mana adab kita? hormatilah adik beradik kita. nanti dieorg pun mesti hormat kitaa
3 Rakan Rakan
  • Sayanglah rakan rakan kita. Tapi igt. Kita berkumpul dan berpisah kerana Allah swt. Sayanglah rakan kita yang hanya meletakkan Allah diatas dan tidak meninggalkan perintah Allah swt
  • Rakan rakan yang tidak meletakkan Allah yang num 1, perlulah kita beri nasihat kat dieorg. Mula mula cakap la baik baik, kalau tak berkesan, guna cara psykologi.
 
Ye ye sabar sye nak cerita lah ni pasal kita cintakan seseorg manusia. hehe. Seperti yang saya cakapkan tadi. Kita mencintai seseorgan dan berpisah kerana Allah SWT. Maksudnya cintai seseorang mesti ada unsur unsur:-

  1. mencintai seseorang Ikhlas dan hanya kerana Allah swt
  2. Mencintai seseorang tak lebih. Yang utama dicintai ialah Allah swt, ibubapa kita 
  3. bercinta lah asal tak melanggar hukum syarak :D



k sampai sini je ceritanya. Maaf macam panjang sikit. Marilah sama sama kita Mencari cinta Allah. saya pun masih mencari. Anda pun kene lah cari jugak. k sorry kalau ada ape ape silap saya dalam post post lepas . Manusia sering melakukan kesilapan. Yang baik kita amik yang jahat kita buang. Assalamualaikum :)

Wednesday 29 June 2011

Manusia bukannya Maksum :]

Assalamualaikum geng, harini mesyuarat kita nak cita cita sikit pasal tajuk kat atas ni. yeayyy. Aku bukan nak kata ape, aku pun ada byk gak buat dosa kan kan, standert la kan manusia musti buat hal la. K ada segelintir geng kita tanya gua, dia cakap " macam mana ni? aku ada rasa nak jadi org baik, tanak dah buat kerja pelik". K aku nak kongsi, sebab aku pun tgh guna jugak cara cara ni, sekarang aku kongsi dgn korg k heee :]


Hati kita sekarang : |

Sebab sebab kita nak taubat tapi kita tak dapat nak taubat ada sebabnya, haha k sorry ayat songsang sikit haha. biasa la, syaitan sekarang dah bersepah. Ni dia penyakit hati :
  1. Kita rasa malas nak belajar and tambah ilmu * ini aku pun ada jugak adoi
  2. cintakan dunia sgt sgt nak gila. Tak kisahkan Akhirat langsung,
  3. Rasa bosan ar nak beribadat. tapi kalau seronok seronok, bukan main suka la haih
  4. Rasa suka bila org puji puji dan megahkan kau. Suka teramat amat.
  5. Kedek nak derma & utk kebajikan.
Gua pun ada jugak penyakit hati, kita semua mesti ada jgk penyakit hati. sekarang jum kita tgk jalan jalan utk bersiihkan hati kita k :]

Solven:
  1. banyak buat beribadat
  2. banyak zikir
  3. banyak Qiamulai
  4. makan rezeki halal
  5. Taubat.
TAUBAT

Kita bukan manusia yg sempurna dan kita bukannya maksum. Taubat adalah jalan tebaik utk kita mintak Ampun kat Allah setelah kita buat salah. tapi bukan salah undang undang jalan raya ke ape k. ni salah dari syariat islam hehe.

Cara taubat :
  1. Menyesal tak buat lagi. Korg cakap kat diri korg yg korg taknak buat lagi. Nanti kauorg akan menjauhinya pelan pelahan
  2. Jalan sesekali Tinggal Suruhan Wajib macam Solat Fardu. Cuba try la solat. kejap je. 10minit je.
  3. Banyak beristigfar. Bila buat silap sikit trus Istigfar k. Jamin la kalau byk Istigfar hati kita mesti dapat dibrsihkan.
Tapi kene igt. kalau korg tak cari ilmu, Akhlak tetap teruk jugak, amalan pun malas buat, itu tanda taubat kene reject. Teruskan usaha k. Allah mesti akan tolong kita :]


Korg Akan rasa happy sgt bila dah bertaubat. ketenangan menusuk ke jiwa. haha kiwang sikit.

  1. korg akan tinggalkan urusan dunia yg dimurkai Allah
  2. korg akan Cintakan akhirat dr dunia
  3. korg akan kurang bercakap dan byk bekerja
  4. korg akan jaga solat fardu 5waktu
  5. kawan dgn org yg baik baik jee hee
  6. korg amat bermanfaat kpd org lain
  7. ada sifat tawwaduk(rendah diri) tak bangga diri 
  8. belas kesian dgn makluk Allah yg lain
  9. Sentiasa igt mati 
 K sampai situ je, sama sama kita renungkan k. Berimanlah Pada pencipta kita Allah SWT. Yang baik kita Terima yang jahat kita buang. Assalamualaikum :]








Friday 24 June 2011

orang yahudi planner terbaik peniphu

Assalamualaikum, chillex sikit kali ni, setelah pelbagai dugaan, aku nak cegherita pasai yahudi pulaks. Cerita ini mungkin seram, takut , sedih, peliks dah pelbagai lagi, eleh, lagipun plan dyeorg dah berjaya aclty, aku nak cerita kat korg ni sbb nak korg sedar pun betapa kita gembiranya kita ditiphu olehnyew. adoi adoi

inilah logo pelik diorg.

Biar aku intro sikit pasal dieorg ni, ha dieorg ni jenis manusia yg dilaknat oleh Allah. And sbnrnya kebanyakkan diorg nie percaya akan wujudnya Allah tapi taktau la knp mereka tetap dengki dgn umat Islam, dyeorg buat macam macam agar umat Islam akan murtad dan berpaling dgn Agama Allah. dyeorg dah berjaya dah pun actlly. Antara aktivit haram dyeorg:-
  1. umat Islam akan berhibur pergi ke konsert dan melupai Masjid
  2. umat Islam lebih mementingkan pelajaran, kerjaya daripada beridabat pada Allah, 
  3. mencipta perkara yang dapat melalaikan umat Islam macam facebook bagai *aku pun dah termakan dgn plan dyeorg ni haih.
  4. dan byk lagi benda yg bertentangan dgn Islam
  5. tak lupa, budak budak yang bangga dgn rupa parasnya sehingga bajet hot dan lupakan Allah

Actly point aku cerita nie, nak bagi tau korg yg Yahudi ni telah hallo hallo dgn dajjal, kira geng laa, and mengikut apa yang aku baca kat pelbagai buku dan website, dieorg cakap kiamat 2012. tapi sbnrnya dieorg akan gabungkan satu dunia dalam satu kejaraan yang d'panggil one goverment. Dengar cerita jugak, awal tahun 2012 macam bulan 2 la ekonomi negara akan jatuh mendadak. cuak beb, nanti dah la org yahudi memerintah dunia, and dierog akan bunuh siapa yg beriman dgn Allah swt. 


Konklusinya, mari kita bertaubat dan tambah amal kita, dunia pun dah tak lama, orang yahudi pun nak succes dah. Kita tak dapat buat ape ape dah, cuma berdoa Pada Allah swt. Sesungguhnya Allah maha merosakkan rancangan. Lebih lebih lagi rancangan jahat yahudi terhadap Agama Islam. Sebelum dajjal keluar, baik kita ubah diri kita SEKARANG! k itu je harini, nanti kita sambung. 

yang baik kita amik, yang jahat kita buang, Asslamualaikum :]




Wednesday 15 June 2011

ohh neraka, ramai la org akan menghuni kau.

oh oh yeh yeh. Assalamualaikum geng geng haha. sebelum gua sambung cite pasal bnde lain, biar aku cite pasal neraka dlu, kauorg tau je neraka, tapi tak menhayati ape ade dlm neraka tu, sbb tu main langgar je syariat syariat yg ditetapkan oleh Islam . atototototo. haha k jum kita menyelami pasal ini neraka :]





ini ceita neraka punya pasal so colour merah, ha tgk gambar ni, api neraka lebih panas dari api di bumi 70kali ganda broo. Gua slalu dgr org cakap macam ni 
"broo chill la, kita masuk neraka, then nanti mesti dapat masuk syurga punya laaaaa. "
- Ape kehal nya kau nih, panas beb api neraka, kalau dah rasa gah sgt, cuba try kau bakar jari kau seminit jee, mesti tak tahan la. itu bru api dunia. 
- neraka ni ada byk bahagian, byk sgt nak describe. tapi aku cita sikit sikit je, bagi korg gerun sikit. ha cuci mata sikit. tgk gambar di bawah, ni gambar balasan dunia, belum neraka lagi. hehe


khabarnya dia nie banyak meninggalkan solat dan lalai di muka bumi Allah. sama sam renungkan


yg ni pulak atas dosa menderhakai ibu bapa. sama sama kita renungkan

korg tak rasa sbb tu korg tak rasa takut. bila Allah bg susah sikit, bru nak ingat Dia. bila dah senang. mula la. lupaa dia. semua bnda penting korg tinggal. 


JALAN KE NERAKA



1. Orang-orang yang tidak menjalank an tanggungj awab memberika n pelajaran agama Islam kepada ahlinya
2. Orang kaya yang bakhil
3. Peniaga yang penipu
4. Peminum arak
5. Mengada dan menyokong majlis-majlis maksiat
6. Berzina
7. Menipu, memakan harta anak yatim
8. Meringan-ringankan sembahyan g
9. Tidak mengeluar kan zakat
10. Panjang angan-angan dan tidak bertaubat kepada Allah
11. Meninggal kan sembahyan g
12. Derhaka kepada ibubapa
13. Berbuat fitnah
14. Suami dan ibubapa yang dayus
15. Dusta
16. Mendapat dan memakan harta yang haram
17. Sihir
18. Dengki/khianat
19. Melakukan apa yang diharamka n oleh Allah

Diriwayat kan ada seorang pemuda suatu ketika dahulu kerjanya mencuri kain kafan. Pada suatu hari, dia bertaubat dan bertanya kepada gurunya tentang hal keadaan mayat yang pernah ditemuiny a ketika mencuri dahulu.

  1.  Mayat berpaling daripada arah kiblat: Guru itu menerangk an bahawa orang itu semasa hayatnya mempunyai kepercaya an yang salah
  2.  Semua kuku kaki dan tangannya mencengka m ke bumi : Iaitu pembalasa n kepada orang yang membuat kesalahan kepada manusia
  3.  Mayat menjadi batu hitam : Derhaka kepada ibubapa
  4.  Perut menjadi besar dan buncit, penuh dengan ular dan berbau busuk : Balasan bagi peminum arak
  5.  Mengalir darah, nanah dan sebagainy a melalui tiap-tiap liang dan lubang anggota serta berbau busuk lebih daripada bangkai : Semasa hidupnya berzina
  6.  Mayat bertukar rupa seekor babi huttan : Tanda orang itu meninggal kan sembahyan g 
  7. Cantik, senyum manis dan bau yang harum : Tanda keimanan orang itu semasa hidupnya
k la sampai sini dlu aku cerita, nanti sambung k. nanti aku bgtau la kau org lps aku dah update. Thanks sebab baca and harap harap kita dapat taufik dan hidayat drpadanya. Yang lemah korg buang , yg baik korg amik k. sebarkan , dan ganjaran pasti ada diakhirat kelak. Assalamualaikum :]







Thursday 9 June 2011

Islam :]

Assalamualaikum kawan kawan yang busuk wangi segalanya ada. hihi.Bro, chill dlu bro jgn tutup blog gua ni bro, bila aku nak cerita pasal ni, korg mesti terus tutup. Aku pinjam brape minit je tak lama pun hehe, k aku sbnryna nak tegur kawan kawan aku nih, kalau aku tak tegur, aku kene soal kat Akhirat nanti. k sorry kalau buat korg tersinggung, aku nak tegur beberape perkara je, then lps ni kita explore pasal dunia k sekarang mulaaa :)


                                            SOLAT
                            


k mari kita start kawan kawan. Mengikut pemerhatian gua, korg rileks je tinggal solat, *sorry la direct.. hihi. kawan kawan, sedar cepat. solat paling penting tahu. rukun ISLAM number 2 tu. Korg tinggal solat sama macam korg nie bukan islam dah. Tak takut ke? Rasulullah SAW cakap, siapa tinggal solat dia KAFIR yang nyata. tu Rasulullah SAW yg ckp, bukan aku yg cakap. K korg, jum la kita tampar diri kita dan tanya, "aku islam ke atau kafir?" tanya dalam dalam, k. haha. 


K biar aku tolong engkau org semua. aku ada tips supaya korg jaga solat then korg solat tu ada kesan dalam hidup k. :]


  1. Korg kawan la dgn kawan korg yg jaga solat, cuba jauhi rakan rakan yg membawa anda ke jalan sesat,
  2. korg lawan lah nafsu korg tu, jangan biarkan nafsu mengawal diri kita, tapi biar akal mengawal diri kita
  3. Korg igt la mati. 
  4. korg igt nikmat kat kubur nanti kalau korg tinggal solat. nikmatnya perghh sendiri tanggung bro haha
  5. Doa la kat Allah supaya bagi taufiq dan hidayat supaya kuat melawan nafsu
K aku nak cerita pulak ganjaran best kalau kauorang tinggal solat hahaha


  • solat subuh - sekali korg tinggal, Korg masuk neraka 60tahun mengikut kiraan akhirat
  • solat zuhur - korg tinggal sekali, sama lah korg bunuh 1000 umat islam
  • solat asar- sekali tinggal korg, sama korg runtuhkan kaabah
  • solat magrib- korg sekali tinggal, sama korg berzina dgn parents korg
  • solat isyak- sekali korg tinggal, Allah SWT tak reda korg hidup kat dunia ni tau. 
*setakat ni, sampai sini aku kongsi dgn korg, renungkan la kawan kawan,. nanti aku cerita pulak nikmat org yang jaga solatnya,dan aku akan cerita pulak perkara perkara yang lain yg org amik mudah k. Dan jgn lupa, pesan kat kawan lain, kalau diaorg perli korg, korg buat tak tau je, k sorry kalau aku buat korg bengang k. Yang baik kita amik , yang jahat kita buang. Assalamualikum :]