Tuesday 5 July 2011

CINTA SEBENAR DAN SEJATI :D

Assalamualaikum kepada pembaca. harini sye akan lebih sopan sikit k. Thanks kepada korg semua sebab bagi sokongan and comment. Banyak sangat saya belajar hihi :D . Dah jum kita try berenang sikit pasal ini cinta. Yeay. Semua org mesti bercinta punya kan. Jangan tipu laaa igt sye tak tau la tu. hehe. actly Cinta ada banyak so jum kita try baca supaya kita tau di mana kategori kita :D



siapakah cinta titew?



Alhamdulillah kita masih membaca dan bersama. sebelum kita mulakan, kita selawat ke atas Nabi Muhammad SAW supaya kita dapat baca sampai tamat. K kita start Cinta remaja atau Manusia zaman sekarang. Sangat banyak melanggar syarak. Main bedal je ape nak buat hehe. 



CINTA ZAMAN SEKARANG
k mari sye nak senaraikan beberapa cinta zaman skrg, :-
  1. lebih gemar bercinta dgn nafsu. 
  2. cinta diaorg ni terjerumus ke Lembah maksiat. Mana taknya, dating kat tempat baik punya then lama lama pergi club and macam macam,
  3. Cinta hanya mementingkan Kasih sayang berdua jea. Tidak Cinta kepada Ibubapa dan Yang Maha Berkuasa Allah SWT.
  4. Menyambut Sambutan pelik bersama pasangan macam sambut hari velentine day
  5. Cinta untuk berfoya foya dgn pasangan
  6. Cinta sebab kekayaan yang dimiliki pasanga
  7. Cinta atas utk membalas dendam yang terpendam di hati* pergh ayat Karangan Bm A+ punya



kawan kawan, ini semua tak baik, jangan buat bende macam ni. Percaya korg memang akan rugi nanti tau. Ha ini panjang sikit kot. sebab nak cerita Cinta yang patut kita miliki and nanti family kita sayang kita, masyarakat sayang, and yang paling penting Allah SWT akan sayang kita dan Nabi Muhammad SAW akan igt kita jugak :D jum kita startt :)


Actly Cinta sejati ialah mencintai Allah SWT. Kita kene cinta kat Allah SWT paling utama dalam hidup kita. K takpe nanti aku tunjuk carta yang mana kita kene Cinta paling atas. Cehceh sampai carta bagai haha. Tapi tak salah nak cinta manusia, biasalah lumrah dunia kan. Tapi ada la jugak batasnya. Ini sampai nak pegang sana pegang sini, lama lama hmmp. Kita kene igt, dalam diri kita ni ada jin yang d'beri nama Qarin. Dia ni kuat hasut org buat bnde bnde tak baik jelaaa. 


Dalam hati kita perlu mencintai:-

Allah swt, Nabi Muhammad dan Agama Islam
|
Ibubapa, Keluarga,
|
Rakan Rakan 

1. Allah swt, Nabi Muhammad dan Agama Islam
  • Allah swt, merupakan Pencipta kita. Carilah cinta Allah. Nescaya dapatlah kita memiliki Kemanisan Iman. Ape jua yang diperintahkan Oleh Allah swt, pasti sseorang itu dapat rasa ketenagan yang diberikan Oleh Allah
  • Nabi Muhammad mempunyai kemuliaan hati yang sgt sgt mulia lah. Manusia tak kenal Nabi Muhammad SAW secara mendalam. kalau korg kenal dia mesti korg akan sayang dia and korg nak sgt jumpa dgn Rasulullah di alam Mimpi. 
  • Carilah ilmu tentang Islam. Islam sgt mudah difahami dan sgt sesuai digunakan dalam harian hidup kita. Kalau kita slalu amalkan ape yang dicatatkan didalam Al-quran dan Hadis, hidup kita pasti tenang dan tak ada banyak Masalah :)
2 Ibu bapa, Keluarga
  • Ibu bapa telalu banyak berkorban utk anak anaknya. Kadang kadang kita je lupa ape yang dieorg telah korbankan. Kita lupa dan sentiasa lupaa. Yang kita nak duit duit duit dan duit. 
  • Jadilah anak yang baik, kalau kita tak dapat bagi prestasi yang baik pun dalam akedemik, jadi anak yang baik dah cukup menyenangkan ibubapa kita :)
  • Adik beradik kita perlu la dihormati. Zaman sekarang ni, panggil abg pun aku kau. mana adab kita? hormatilah adik beradik kita. nanti dieorg pun mesti hormat kitaa
3 Rakan Rakan
  • Sayanglah rakan rakan kita. Tapi igt. Kita berkumpul dan berpisah kerana Allah swt. Sayanglah rakan kita yang hanya meletakkan Allah diatas dan tidak meninggalkan perintah Allah swt
  • Rakan rakan yang tidak meletakkan Allah yang num 1, perlulah kita beri nasihat kat dieorg. Mula mula cakap la baik baik, kalau tak berkesan, guna cara psykologi.
 
Ye ye sabar sye nak cerita lah ni pasal kita cintakan seseorg manusia. hehe. Seperti yang saya cakapkan tadi. Kita mencintai seseorgan dan berpisah kerana Allah SWT. Maksudnya cintai seseorang mesti ada unsur unsur:-

  1. mencintai seseorang Ikhlas dan hanya kerana Allah swt
  2. Mencintai seseorang tak lebih. Yang utama dicintai ialah Allah swt, ibubapa kita 
  3. bercinta lah asal tak melanggar hukum syarak :D



k sampai sini je ceritanya. Maaf macam panjang sikit. Marilah sama sama kita Mencari cinta Allah. saya pun masih mencari. Anda pun kene lah cari jugak. k sorry kalau ada ape ape silap saya dalam post post lepas . Manusia sering melakukan kesilapan. Yang baik kita amik yang jahat kita buang. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment